31 Julai 2016 - 09:42
Arab Saudi semakin berani tampilkan hubungannya dengan Israel

Hasan Nasrullah kecam lawatan deligasi Arab Saudi ke Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Hizbullah Lubnan berkata, "Arab Saudi sedang berusaha untuk terus berperang dalam semua medan pertempuran, menentang dialog tentang Bahrain, Yaman dan Syria, serta bergerak demi kepentingan Israel. Mereka ini sedang membela jenayah Arab Saudi di al-Sarari, ini adalah budaya Arab Saudi dan Wahhabi, gelarannya berbeza walaupun berubah atas nama IS dan Jabha Nusra.

Beliau berkata demikian di Beirut dalam majlis memperingati kesyahidan Haji Ismail Ahmad Zahri yang meninggal dunia dua minggu lalu kerana sakit.

Sayid Hasan Nasrullah berkata, "Konspirasi kamu tidak ada masa depan. Kamu akan kalah kalau tidak menggunakan peluang untuk berdialog mengenai isu Yaman dan Syria."

Tambah beliau lagi, "Perkembangan terbaru di Aleppo - Syria ialah menghapuskan plan musuh serantau termasuk hasrat kuasa besar global."

Beliau turut mengecam lawatan Arab Saudi ke Israel oleh beberapa deligasi Arab Saudi yang diketuai seorang mantan jeneral tentera. "Arab Saudi merupakan contoh bahaya terhadap bangsa lain apabila mewujudkan hubungan dengan Israel," tutur beliau dalam ucapan tersebut.